Buku Denaihati

28 March 2014

Jatuh Hati pada Arjuna Beta

بسم الله الرحمن الرحيم




Lagu yang kali pertama menyapa telinga
lalu aku jatuh hati padanya,

lagu yang pertama kali aku dengar,
membuat aku terus merindui bonda,
dan,
aku tahu setiap bonda menyayangi anakanda mereka,
walaupun nakalnya si anak itu.


---------------------------------------------------------------------------



 


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa.








2 comments:

  1. sy pon suke lagu ni..sangat menyentuh hati.. fynn jamal memang best..dari dulu suka die..

    ReplyDelete