Buku Denaihati

16 June 2013

Bantu Aliff Asyraff Berjalan Semula

بسم الله الرحمن الرحيم


Kepada semua...semua yang membaca.. Sila baca hingga habis yea. Terima kasih.






Pelajar diatas bernama Aliff Asyraff, pelajar UTP kemasukan Januari 2013. Beliau kehilangan kaki kanan akibat daripada kemalangan tragik semasa menunggang pulang ke rumah di Jelapang. Beliau kini dalam status penangguhan sehingga september 2013.


Ayah beliau bekerja di Pasar Malam manakala Ibu beliau menjaja air disekitar sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka. Pendapatan isi rumah Aliff tidak lebih RM3000 sebulan. Baru baru ini ibu Aliff datang berjumpa dengan Unit Kebajikan UTP unuk memohon bantuan kewangan dalam membeli kaki palsu yang berharga RM17,000.00 untuk Aliff gunakan.



Oleh itu, kami amat menghargai jasa baik anda untuk sumbangan kewangan bagi meringankan beban keluarga Aliff. Maklumat beliau adalah seperti berikut:-



NAMA : MUHAMMAD ALIFF ASYRAFF BIN MOHD HAMDAN
ID PELAJAR : 0018935
JURUSAN : ASAS KEJURUTERAAN AWAM
KEMASUKAN : JANUARI 2013

Akaun CIMB Ibu Aliff
Nama Akaun : NOOR ASY KIN BT YAAKOP
No Akaun : 08030115307529



Kami mengharapkan anda dapat membantu pelajar cemerlang ini untuk menambahkan semangat keluarga beliau dalam meneruskan hidup. Bersama-sama kita bersatu untuk golongan yang memerlukan. Dermalah atau sekurang-kurangnya tekan "like" dan kongsikan artikel ini kepada kawan anda.


Lebih lanjut boleh tengok sana ---> http://bit.ly/19v1Z5L


Unit Kebajikan UTP,
Persatuan ALUMNI UTP



Notatangan: Semoga Aliff dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan moga Aliff semangat semula meneruskan pengajian kelak..  Jika kita tak mampu bantu dari segi kewangan bantulah dengan mendoakan beliau.





No comments:

Post a Comment