Buku Denaihati

28 December 2012

Beginning Maybe.......


 Bismillah...


Aleesya mundar-mandir di hadapan rumahnya sendiri. Kelibat orang yang dinanti tidak kelihatan. Haish, kemalangan ke mamat ni? Ya Allah, mintak dijauhkan. Aleesya. Aleesya. Ada ke patut doakan orang macam tu. Cuba berfikiran positif. Tarik nafas. Hembus nafas. Tenang. Relaks. Aleesya mendail nombor Ammar. Huh! Tak angkat. Menempah maut betullah mamat ni.

            “ Sya, Ammar tak sampai lagi ke?” prihatin Nana bertanya. Sebenarnya sakit mata tengok anak dara sorang ni dok mundar-mandir depan mata. Rimas. Tak reti nak dok diam.
            “Belum. Tengoklah mamat ni. Ni mesti mummy dia yang paksa. Kalau tak takda maknanya dia buat plan macam ni. Pelik.” Aleesya mula membebel. Dah kenal sangat dengan perangai Ammar yang satu ni.
            “ Sya, cuba kau duduk kat sofa ni. Beli mahal-mahal tapi nak juga berjalan kehulu-kehilir. Relaks. Nanti sampai jugak mamat tu depan rumah kita ni.” Nana cuba menyedapkan hati Aleesya. Dan juga mencuba mengurangkan prasangka Aleesya terhadap Ammar.

            Aleesya duduk di hadapan Nana. Masih sabar menanti. Sepatutnya dia keluar ‘date’ dengan Ammar lima belas minit yang lalu. A least, kalau lambat seminit, dua minit tak kisah lah jugak. Nanti kau Ammar.

            “So Sya, Ammar nak bawak kau ‘date’ kat mana ?” Nana tersengih-sengih. Dia juga seperti Aleesya yang terkejut apabila Ammar kata nak bawak Aleesya keluar. Dia tahu hubungan Aleesya dan Ammar macam mana. Sorang keras kepala. Sorang lagi ego melangit.
            “ Cik Nana sayang, this is not a date. Macam lah kau tak tahu Ammar tu.” Aleesya menafikan. Dia tahu kalau bukan kerana Datin Aisyah, Ammar tak mungkin akan membawanya keluar sampai bila-bila.
            Dalam asyik bersembang, sempat juga Aleesya menyediakan Nescafe  untuknya dan Nana. Lima belas minit tambah lima belas minit = tiga puluh minit. Okay. Aku ‘fed up’ dengan mamat ni.

**********************************************************************************************************************************

            Bunyi kenderaan dihadapan rumah sewa Aleesya membantutkan ‘perbincangan’ yang sedang berlangsung. Aleesya mengintai. Oh no, Ammar!
            “ Nana, Ammar dah sampai. Jadi, aku ‘chow’ dulu. Jangan rindu aku tau” Aleesya mengenyitkan mata.
            “Euw, siapa kau untuk aku rindu. Baik aku rindu Umar.” Nana menjelirkan lidah.
            “ Anyway, kau hati-hati ye. Berlembut sikit dengan Ammar tu.” Nana cuba memberikan nasihat.
            “I’ll try.” Aleesya menjawab dua patah. Dia keluar pantas. Karang ‘singa jantan’ mengamuk satu hal pulak.

**********************************************************************************************************************************

“Assalamualaikum.” Aleesya memberi salam memandangkan Ammar sibuk mengadap jalan dengan telefon bimbit di tangan. Benda alah tu lagi penting daripada aku ke? Huh!

            Ammar berpaling. Dia cuma menjawab dalam hati. Ammar memandang Aleesya atas bawah. Kemeja purple bunga-bunga, jeans dan shawl yang dililit dengan kemas menambahkan kecantikkan Aleesya. Memang tak dinafikan pun. Patutlah mamanya berkenan. Dia? Entah.

            “ Sorry aku lambat. Ada hal yang tak dapat nak dielakkan.” Ammar memberi alasan. Sebenarnya,  beria-ia Karina mengajaknya keluar. Terpaksa lah diturutkan walaupun dia sudah membuat ‘plan’ dengan Aleesya.
            “ Oh, it’s okay.” Aleesya menjawab perlahan. Tahulah aku ni siapa, tapi ‘appreciate’ lah aku sikit.
            “ Mummy kirim salam. Malam ni kita singgah sana. Sekarang ni kita pergi jalan-jalan.” Aleesya terkejut. Jalan-jalan dengan Ammar. Berdua? Wah! Tidak kusangka.
            “ Saya ikut awak je.” Aleesya menurut. Peluang yang ada jangan dilepaskan. Keluar dengan mamat ‘handsome’ ni. Kereta Ammar meluncur laju meninggalkan rumah sewa Aleesya.      



continue............


Nota kaki: sebenarnya aku tak tahu mane mula mana akhir... nak mintak tolong bagi komen dan support untuk dia sambung balik cerita dia je..



Enjoy :)


No comments:

Post a Comment